Sunday, April 17, 2011
Tendangan pertama baby!!!!
Alhamdulillah, baby di dalam kandungan ana disahkan sihat oleh Dr. setiap kali ana buat medical check-up =)
Pertama kali ana merasa tendangan pertamanya adalah pada minggu ke-18. Very active!!
Malangnya jantinanya masih belum dapat disahkan kerana pada waktu itu, kedudukan baby seolah2 tersepit antara rahim ana dengan plasenta.
Pada awalnya, ana selalu berasa ngilu di bahagian rahim. Itulah sebabnya ana pergi ke klinik swasta. Risau juga jika perkara2 buruk berlaku.. huhu...Dr.bagitahu ana bahawa urinya jatuh ke bawah tetapi tak perlu dirisaukan kerana masih awal (minggu ke-18). Jika keadaan ini berlaku dalam bulan ke-7, barulah kritikal.. Alhamdulillah, semuanya normal dan baik..
Ya Allah, sihatkanlah aku dan kandunganku supaya kami dapat beribadah kepadaMu dengan tenang dan selesa. Jauhkanlah kami daripada sebarang penyakit dan gangguan syaitan. Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment