Minggu ke-2
Dinding uterus ibu (rahim) akan menebal dan akan dipersiap sediakan untuk proses ovulasi (pelepasan telur dari pihak ibu).
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.
Dalam minggu ini pula, si ibu perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.
Minggu ke-3
Proses ovulasi berlaku. Pada waktu ini, kehamilan boleh terjadi pada waktu ini ( jika suami isteri berjimak). Perkembangan sel telur berlaku di saat sperma si suami bersenyawa dengan sel telur si isteri di tiub fallopio. Proses ini berlaku selama 4 hari dan sel telur yang disenyawakan itu dinamakan zigot. Selepas tiga minggu persenyawaan, saiz zigot ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
Pada awal minggu kehamilan si ibu perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju dan susu materna. Namun terdapat beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukan.
Minggu ke-4Bila berakhirnya minggu ini, si ibu tidak akan mengalami menstruasi dan ia menjadi tanda pertama kemungkinan si ibu hamil. Mungkin berlaku sedikit pendarahan pada sesetengah si ibu dan ia disalahertikan sebagai menstruasi. Sebenarnya, ini disebabkan oleh proses penempelan zigot pada rahim si ibu.
Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan.
Minggu ke-5
Minggu ini, zigot sudah bertukar menjadi embrio. Saiznya sebesar 1 biji epal. Dia sudah mempunyai degupan jantungnya sendiri!!! Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Vesikel2 otak primer pada bayi sudah mulai terbentuk. Sistem sarafnya turut berkembang. Plasenta dan tali pusatnya sudah boleh bekerja sepenuhnya =)
Suhu badan si ibu yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.::Kagumnya dengan Pencipta kita, ALLAH S.W.T. Cuba bayangkan jika Dia menjadikan baby tu sedebop....hehe...matilah ibunya....Semua yang dijadikanNya berperingkat kerana Dia lebih mengetahui kelemahan kita as a human =) ::
Terima kasih, perkongsian yg bermakna dan berguna utk ibu2 n bkal ibu...:)
ReplyDelete