Pagi tadi merupakan kali ke-3 ana buat baby and self medical check-up di klinik kesihatan kerajaan. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan layanan nurse2 di sana sangat2 bagus =) syabas buat semua nurse yang menjalankan tanggungjawab anda dengan amanah dan bertanggungjawab, even amat2 letih dengan kerja + karenah2 manusia yang perlu mereka hadapi.
Hehe...terasa diri agak bangga sebab berat badan dah naik, 45.5kg. Kira ok lah, dah melepasi tahap kritikal. Alhamdulillah... Risau juga, tambahan sekarang kandungan ana sudah mencecah 6 bulan!!!! Sukarnya nak naikkan berat badan...
Perkara menarik dan baru yang ana pelajari hari ini adalah cara2 untuk mengira pergerakan baby dalam kandungan. Menurut nurse, sepatutnya perkiraan ini perlu mula dikira pada minggu ke-29 (kalau tak silap ana..). Pengiraan perlulah bermula ada jam 9 pagi sehingga jam sekian sekian (10 gerakan baby buat). m..agak jenuh nak kira + tunggu tapi sangat2 menarik =D
Then, ana membeli buku "Panduan Kelas Bimbingan Keibubapaan". Banyak perkara baru yang boleh dipelajari. Even its content quite simple but its full with a lot of useful information... Sesuai untuk ibu mengandung + ibu2 yang berpantang =D
Akhir kalam, jagalah diri sebaik mungkin semasa mengandung, kerana kita bukan sahaja membawa diri sendiri tetapi turut membawa benih baru yang bakal keluar ke alam dunia =D
No comments:
Post a Comment