Tuesday, April 26, 2011

Minggu ke-13 hingga minggu ke-16

Waktu ini, baby dalam kandungan sudah mencecah 4 bulan =)

Minggu ke-13
Pada minggu ini, trakea, paru-paru, hati, perut, usus dan pankreas sudah berkembang ke fungsi terakhir. Panjang baby sekitar 7.5 cm!!!! Pita suara juga mula terbentuk. Tunas gigi muncul sebanyak 20 batang gigi baby. Malahan jari tangan dan tapak kaki baby pun sudah mulai terbentuk =D

Pada tahap ini, baby sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan ibu perasan perutnya “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara ibu mula jelas kelihatan.

Minggu ke-14
Organ seks baby sudah dapat dibeza (babyku lelaki ke perempuan..). Ini bermaksud jantinanya sudah dapat dikenalpasti. Baby sudah boleh merespon terhadap dunia luar rahim. Denyutan jantungnya berdetak hampir 2 kali daripada ibu....kuatnya...

Saat ini, kebanyakan ibu sudah bebas dari morning sickness =)
Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks si ibu hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan ibu dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuh pada suami.

Minggu ke-15
Panjang baby sekarang sekitar 15 cm. Baby sudah dapat mendengar denyut jantung ibu dan suara ibu. Tubuh baby juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus di kepala. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Bulu mata dan alisnya sudah mula terbentuk.

Kuantiti darah mengalir dalam badan ibu semakin banyak. Pada masa yang sama baby juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung ibu kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Minggu ke-16

Otot baby juga sudah berkembang dan menjadi kuat. Gerakannya semakin aktif. Si kecil mula menghisap ibu jarinya, menguap, merenggang badan, dan juga menelan.

Pada saat ini ibu sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Ibu mungkin dapat merasa pergerakkan
pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan baby tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

No comments:

Post a Comment