Thursday, April 7, 2011

Sokongan Suami


Di saat isteri mengandung, sokongan suami amatlah diperlukan bagi menghadapi saat-saat kehamilan yang penuh dengan dugaan.

Suami perlulah turut sama mempelajari ilmu tentang kehamilan samada melalui buku, majalah, internet, orang2 tua dan sebagainya. Ini sebagai persediaan jika berlaku sesuatu pada isteri, suami mungkin mengetahui cara2 untuk mengatasinya. Suami turut perlu sentiasa memberi sokongan dan pertolongan, kerana keadaan isteri yang mungkin serba kekurangan sepanjang mengandung =)

Antara perkara yang perlu suami ambil cakna tentang isteri:

1)Kesihatan

Jika suami perokok, jauhkan asap rokok dari isteri. Ini kerana asap rokok mampu menjejaskan kesihatan ibu dan anak yang bakal dilahirkan. Pembesaran bayi anda mungkin terbantut dan kesihatan mudah terjejas.

2)Makanan

Suami turut perlu cakna tentang pemakanan isteri. Selalu bertanya khabar isteri dan pastikan isteri mengambil makanan seimbang dan sesuai untuk ibu2 mengandung. Pemakanan yang sihat dan baik penting untuk melahirkan bayi yang sihat dan cergas tubuh badannya. Pengambilan asid folik, kalsium, vitamin C penting pada saat ini.

3)Persekitaran

Pastikan persekitaran; tempat tinggal dan tempat kerja isteri selamat, dan tidak terdedah kepada sebarang risiko yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan ibu serta bayi. Jauhi tempat yang terdedah kepada bahan2 kimia merbahaya terutama di tempat kerja. Isteri turut perlu elakkan diri dari stress sepanjang bekerja. Ambil cuti tanpa gaji jika perkara ini tidak terkawal. Elakkan juga diri daripada panas dan terik matahari.

4)Pemeriksaan berkala

Suami perlulah menemani isteri untuk pemeriksaan berkala di klinik kerajaan atau swasta jika perlu. Tunjukkan sikap bertanggungjawab dan rasa kasih sayang anda pada isteri, dengan ini isteri akan merasakan dirinya lebih selamat dan ini turut dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

5)Doa

Doa merupakan senjata orang Islam. Sepanjang kehamilan isteri, doa suami amat penting untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan isteri dan bayi. Berdoalah setiap hari. Doakan juga semoga isteri dipermudahkan untuk bersalin kelak. Amin..

No comments:

Post a Comment