
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
Berat badan si ibu mula bertambah. Si ibu digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.
Minggu ke-10
Telinga luaran baby turut mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh si ibu kian meningkat. Ini akan membuatkan si ibu berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.
Minggu ke-11
Folikel2 rambut dan gigi baby mulai terbentuk. Baby turut sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkannya kembali as air kencing. Organ seks luarnya juga mulai terbentuk sempurna.
Ketidakselesaan yang dialami membuatkan si ibu mudah berasa letih. Jadi, si ibu perlu mengambil peluang merehatkan diri jika berkesempatan.

Minggu ke-12

Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk, termasuk kukunya.
Berat badan si ibu akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini si ibu akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.
No comments:
Post a Comment