Anda alami morning sickness???Morning sickness biasanya dialami oleh ibu2 mengandung pada awal2 bulan. Tetapi ada juga sampai 9 bulan. huhu.. dasyat...
Alhamdulillah, ana just alami sedikit sahaja morning sickness pada awal bulan sampai 4 bulan...Tapi itu pun mencabar bagi diri ini. Al-maklumlah 1st time mengandung =)
Ni antara tips2 untuk atasi morning sickness... tips2 ni sedikit sebanyak mampu membantu si ibu mengatasi masalah ini...
1)Makan dalam jumlah sedikit tetapi kerap.
2)Makan makanan tinggi karbohidrat dan protein (membantu kurangkan kemualan si ibu)
3)Hindari makanan berlemak, berminyak dan pedas.
4)Minum air secukupnya. Hindari minuman berkafein dan berkarbonat.
5)Sewaktu bangun tidur, elakkan bangun terburu2.
6)Kemungkinan vitamin kehamilan menambah lagi rasa kemualan. Tetapi si ibu tetap perlu mengambil asid folik =)7)Vitamin B6 mungkin mampu mengurangkan gejala mual tetapi pastikan si ibu mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
8)Rehat secukupnya. Ini yang paling penting bagi si ibu =D
9)Tips2 dari ana pula memperbanyakkan minum vitagen dan vakult... untuk menghilangkan rasa mual sebab ana x dapat minum air suam.... hehe... Selain itu, makan bihun jah sebab x dapat nak makan nasi berlauk... semua itu memualkan ana jah... Banyakkan juga makan buah-buahan dan minum jus buah yang pure...(ni yang ana alami lah sepanjang mengandung..)
No comments:
Post a Comment