Wednesday, April 13, 2011

Hot di Sarawak

Insyaallah malam ini ana akan berlepas ke Sarawak dengan menaiki belon. Tujuan utama adalah untuk menemani suami balik mengundi. Kan 16April ni, seluruh masyarakat di Sarawak bakal mengundi pemimpin pilihan masing2.

Memang panas sepanas panasnya. Dalam tabloid kerajaan (TV1,TV2,TV3, Berita Harian, Utusan Malaysia etc) semuanya ada menceritakan tentang PRN Sarawak ni. Kalau dulu, kita rasakan Sarawak 'seolah2 tak mencapop', tiba2 jah wujud dan diglamourkan pula dengan rancangan 'Sayang Sarawak' by TV3. Mungkin taktik parti politik tertentu untuk ambil hati pengundi2 dari Sarawak. Al-maklumlah tiba2 jah wujud rancangan tersebut apabila PRN Sarawak semakin dekat. Sepatutnya wujudkan rancangan tu dari dulu lagi. Baru kita rasa semangat 1Malaysia yang diwar-warkan oleh PM Malaysia sekarang.

Sebenarnya, timbul juga rasa curiga dan pelik dalam hati apabila tabloid kerajaan selalu memburukkan parti2 pembangkang. Semua berita yang dikeluarkan semuanya negatif tentang pembangkang seolah2 pimpinan kerajaan Malaysia dulu dan sekarang tidak pernah membuat kesilapan. Asal ada isu, semuanya dimainkan. Entah betul, entah tak betul. Tapi ana rasakan kebanyakan berita dalam tabliod kerajaan adalah fitnah dan untuk kontroversi semata2. Bukan ana rasakan sebab berdasarkan hati, perasaan tetapi kita sebagai orang yang EDUCATED sudah tahu apa yang berlaku di sekeliling kita. Bukan sahaja apa yang kita dan orang sekeliling buat, pimpinan tempatan buat pun kita boleh tahu =)

Ana rasakan tabloid kerajaan Malaysia berat sebelah @ bias. Tak setelus tabloid2 dari negara2 jiran kita seperti Indonesia dan Singapura =)
So, ana cadangkan selain baca tabloid2 kerajaan, pembaca sekalian bukalah juga mata dan hati untuk membaca tabloid dari pihak lawan seperti Harakah, Suara Keadilan etc. Then buat perbandingan. Memang jauh beza. Jangan buat tuduhan melulu @ jadi pak turut jah... Be an educated and open-minded person.

Ingat, fitnah itu lebih merbahaya daripada membunuh... So, fikirkan kita bakal ditempatkan di mana pada akhirat nanti... syurga @ neraka yang Allah janjikan di dalam al-Quran... atau syurga@neraka yang manusia cipta sendiri..
Fikir-fikirkan =)

::Undilah pemimpin2 yang bertanggungjawab, amanah dan berjuang demi rakyat untuk mendapatkan redha Allah, bukan pemimpin yang sogokkan duit kepada pengundi2 demi untuk mengaut keuntungan kepada diri sendiri apabila beliau menang nanti::

No comments:

Post a Comment