Malam ini, ana baru sahaja menonton rancangan terbaru 'Maharaja Lawak' minggu pertama yang dihoskan oleh AC Mizal bersama-sama famili tercinta. Mereka mencari pelawak yang TERBAIK di kalangan pelawak-pelawak terbaik. Yang sudah pastinya, ana tidak termasuk dalam senarai Raja Lawak tersebut =D
Sebenarnya timbul banyak persoalan di pemikiran ana setiap kali menonton rancangan realiti tv berunsurkan hiburan di Malaysia mahupun luar negara.. macam-macam versi...; Akademi Fantasia, Gangstarz, Bintang Kecil, Raja Lawak, Malaysian Idiol, etc... Kebanyakannya menghidangkan hiburan terlampau. HEDONISME....Ini belum termasuk lagi rancangan2 terbaru yang lain =)
Sudahlah kurang memberi manfaat untuk pembentukan sahsiah diri manusia, malah turut menyumbang kepada masalah besar negara; keruntuhan akhlak serta moral masyarakat Malaysia.
Pening ana dibuatnya.. Bayangkan jikalau semua manusia di Malaysia ini bercita-cita untuk menjadi artis (penyanyi atau pelakon)....nauzubillah...Nanti siapakah manusia yang ingin melibatkan diri dalam bidang-bidang kritikal seperti doktor perubatan, aktuari, kejuruteraan etc?? Ini mungkin kerana mereka ingin memilih jalan singkat dan mudah, mungkin untuk mendapatkan duit, dan mungkin juga kemasyhuran..dan mungkin juga ingin mengubah kehidupan ke 'arah lebih baik'. Tetapi ada juga rancangan yang positif dan memberi manfaat seperti 'Imam Muda' dan 'Akademi al-Quran'. Selain mendapat makanan rohani, ana turut mendapat pelbagai ilmu baru tentang dunia dan juga akhirat =D
Syabas kepada penerbit rancangan2 ini... suka3...
Namun bagi ana, yang paling penting dalam kehidupan kita adalah ILMU. Ilmu sentiasa berkembang biak. Cuba bayangkan ilmu yang kita dapat sekarang umpama, 'setitis air laut dari tujuh lautan dunia'. Betapa kerdilnya ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah. Ilmu membantu meningkatkan taraf hidup manusia. Proses pembelajaran adalah proses yang berlaku setiap hari dalam kehidupan kita. Contohnya, pengalaman hidup manusia. Oleh itu, pengalaman mengajar manusia erti kehidupan =)
Manusia berilmu dipandang tinggi, tetapi manusia yang BERILMU dan BERAKHLAK MULIA lagi dipandang tinggi.. Oleh itu, seiringkan sifat mencari ilmu dan akhlak mulia, semuanya demi mendapatkan keredhaanNya.. Insyaallah..
::Bercakap BENARlah walaupun PAHIT::
No comments:
Post a Comment