Monday, April 4, 2011

Bakal ibu

Alhamdulillah...
Setelah hampir 7 bulan mendirikan rumahtangga, ana dan suami dikejutkan dengan berita kehamilan ana... Setelah pelbagai dugaan ditempuh, kini usia kandungan kami berusia dalam 5++ bulan. Alhamdulillah, alahan yang ana alami tidak lah seteruk mana, just rasa mual2 dan letih pada awal 1 hingga 4 bulan pertama.. Muntah dan sakit teruk pun bila tersilap makan. Alhamdulillah, dengan sokongan suami tercinta, ana dapat lalui semua ujianNya dengan baik =)

Selain itu, ilmu pengetahuan sebagai bakal ibu juga amat penting. Selain mendapat ilmu tentang kehamilan dari internet dan buku-buku, ana turut bertanyakan pakar ( doktor, ma, bekas ibu-ibu@kawan2 ma, kawan2 ana yang sudah berpengalaman menjadi ibu, dan juga kawan2). Hilangkan rasa malu untuk bertanya perkara2 penting kerana kemungkinan apa yang bakal2 ibu alami, boleh mengancam nyawanya.

Selain merujuk majalah PA&MA, ana turut merujuk 'Diari Hamil', hasil penulisan Khairun Nisa' Zakaria, Muhd. Mawardi Zakaria dan Khulwana Hanapi.Syukran buat suami tercinta kerana membeli rujukan yang amat berguna ini. Selain membaca tips-tips berguna dan fakta2 semasa, kita turut boleh mencatat perkembangan semasa yang berlaku pada diri dan kandungan pada diari ini. Memang berbaloi =D

Memang tidak dapat dinafikan, pelbagai perasaan (takut, risau, excited, berEMOSI, sayang, cinta dan pelbagai lagi emosi) timbul di kalangan ibu-ibu muda, termasuk ana. Apa-apa pun, yakinlah bahawa semua yang berlaku ini kehendakNya dan pemberianNya kepada insan-insan terpilih sahaja. Semoga kelahiran anak2 kecil ini mendatangkan keharmonian dan keamanan dalam dunia Islam yang sering bergolak ini. So, latihlah anak2 kita sebelum berkahwin dan semasa hamil lagi =D

Semoga ana dan rezeki kurniaanNya ini terus sihat, meneruskan kehidupan supaya kami dapat beribadah dengan selesa untuk Allah s.w.t. Semoga ana selamat melahirnya pada Ogos 2011 nanti...amin

No comments:

Post a Comment