Kecil-kecil dulu sampai sekarang, ana memang cerewet dalam soal pemakanan... Tersilap makan, muntah @ pening kepala lah jawabnya... (mungkin mind setting) =D
- Dulu just makan nasi ayam dan minum air soya yang abah buat jah... maksudnya, semuanya hasil air tangan abah... cuba bayangkan, abah ana sanggup memproses sendiri soya mentah untuk dibuat air soya.
- Dulu sangat kurang makan nasi... bukan sebab susah nak dapatkan beras tapi ana memang tak suka makan nasi sangat. Berselera pun bila ada lauk 'ayam masak merah'. Sanggup menyorok di celah2 meja bila ma panggil makan nasi. Nasib baik badan jenis kecik (cam kanak-kanak Afrika yang kurang zat makanan), so dapat lah jugak ana menyorok... =D
- Dulu sangat suka makan roti melebihi nasi.. tapi ikut brand roti dan tahap kelembutannya jugak lah.. suka roti slices Gardenia dan roti buatan muslim jah =)
- Mula makan nasi lemak sejak bersekolah di Sek.Men.Sains Sultan Mahmud (SESMA). Tu pun nasi lemak buatan makcik2 kantin SESMA jah..dan start makan pun form3 =)
- Mula kenal dan makan mee kari semasa form4. Di SESMA lagi. Ni pun sebab kakak junior&dormate (kak Lili Sulfida) buat sendiri mee kari tersebut di kantin sekolah. Kalau tak silap, sempena birthday beliau.. Tahniah kak Lili, dengar khabar dah jadi doktor perubatan di Hospital Besar Terengganu ye ;)
- Mula suka makan char kway teow sejak housemate Naurah(Kak Na) belanja.. Nasib baik sedap. Dulu pernah rasa tapi ana termuntah... mungkin tak som dengan usus ana kot =D
- Ada lagi kisah lain. Tetapi ini antara fakta2 ana yang agak menarik sepanjang hidup ana...
::Makan untuk teruskan hidup kerana ALLAH s.w.t::
No comments:
Post a Comment