
Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan baby dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz baby kini sebesar saiz jari kelingking.
Kebiasaannya ibu2 akan mengalami morning sickness. Bau-bau tertentu membuatkan keadaan si ibu jadi lebih teruk lagi. Kulit si ibu juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.

Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang.
Si ibu mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, si ibu juga mungkin berkeadaan sebegini. Si ibu turut mudah berasa letih.
Minggu ke-8
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang.
Perubahan bentuk fizikal mula dialami oleh si ibu. Puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak. Oleh itu, kebersihan di bahagian faraj amat penting pada waktu ini kerana jangkitan kuman boleh berlaku jika soal kebersihan diabaikan. Paling teruk, baby pun mungkin akan terkena sekali jangkitan kuman tersebut.
No comments:
Post a Comment