Alhamdulillah pada hujung minggu ini, ana menemani suami ke library UTM Skudai lagi. Dia mengulangkaji pelajaran dan ana pula meng-update blog. Jika ada kesempatan, kami akan menghadiri kuliah agama bagi memantapkan ilmu agama kami ;)
Aktiviti hujung minggu biasanya dilakukan bersama bagi mengeratkan lagi hubungan kami as husband and wife ;) Inilah kebiasaan yang kami lakukan setiap hujung minggu.
Biasalah dengan lumrah sebagai seorang pelajar, kita semestinya perlu study untuk memantapkan ilmu yang dipelajari. Tambahan lagi, di peringkat lebih tinggi, degree, master, pHD etc. Alhamdullillah ana baru sahaja menamatkan pengajian peringkat master, so dapatlah relaks2 sedikit. Sekarang, buku2 agama dan tafsir al-Quran menjadi peneman ana (menganggur separa masa sementara menanti kelahiran baby)..
Berbalik pada suami ana, beliau baru sahaja menyambung pelajaran di peringkat master (sem 2). Tinggal 1 semester lagi. Insyaallah, dapat juak grad semester hadapan. Amin. Alhamdulillah dengan sedikit gaji yang dijananya, dapat kami gunakan untuk menampung kehidupan kami yang serba kekurangan ini. Kami bersyukur dengan apa yang ada. Thanks to you, Allah =)
No comments:
Post a Comment