
Solat 5 waktu ( subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak) setiap hari adalah termasuk dalam rukun Islam. Jika kita terkurang atau tak terbuat (malas) solat, maka kita hanya Islam pada nama sahaja.
Solat merupakan amal ibadat yang pertama sekali akan disoal oleh Allah kepada kita di Akhirat kelak. Jika solat kita compang camping di dunia ini, so kita fikir2 kanlah sekarang... nak upgrade solat ke arah lebih baik, semoga kita tergolong dalam golongan ahli syurga,,,,atau terus dengan sikap lama (terus tidak solat atau meremehkan solat)..

Terlupa pula, solat adalah ibadah yang membezakan orang Islam dengan orang kafir... so, fikir2 kanlah kita di kategori mana jika kita tidak solat... Ia tanda penyerahan diri kita sebagai hambaNya yang hina...Tanda kita menyembah kepadaNya dan merendah diri kepadaNya. Dan juga sebagai tanda bersyukur kita kepada Allah atas segala pemberianNya selama kita hidup di dunia ini. Tinggi manalah kita jika ingin dibandingkan dengan Allah s.w.t... Allah Maha Besar, Maha Agung, Maha Berkuasa ke atas setiap makhlukNya.... Dia lah Pemilik Alam yang kita duduki ini...
Akhir kalam, solatlah kamu sebelum kamu disolatkan =)
No comments:
Post a Comment