Baru2 ini, ana ada berkunjung ke kedai rambut di area Taman U, Skudai, Johor. Mungkin ada yang tahu kedai
Jazeerat El-Rahah (professional hair salon for muslimah). Asal hajatnya mahu memotong rambut. Last2 buat treatment selepas rambut dipotong. Tukang guntingnya memang pro lah, bukan setakat tahu potong rambut orang lain tetapi juga tahu tentang kulit kepala (hehe...excited, 3rd time ana g salon rambut).
Sedikit pekongsian tentang shampoo oleh pakar rambut (Eja) dari salon tersebut.
Rambut berkelemumurRambut ana asalnya kering dan berkelemumur. Mungkin masa kecil2 ana free-hair dan kurang menjaga kebersihan rambut. So, untuk atasi masalah rambut berkelemumur ini, ana menggunakan shampoo jenama CLEAR.
Menurut Eja, memang tak dapat disangkal, CLEAR memang pakar penghapus kelumumur. Tetapi apabila semua kelemumur dah dibuang (bersih dari kulit kepala) dan kita masih menggunakan CLEAR, minyak berguna yang ada pada kulit kepala turut akan dibuang. Ini menyebabkan kulit kepala kita semakin kering, kering, kering dan lastly, berkeruping (seakan2 kelemumur jugak lah)...
So kita sepatutnya berhenti menggunakan shampoo CLEAR apabila kita rasakan rambut kita dah ok dari serangan kelemumur =D
Info sebenar tentang KELEMUMUR:
• Keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan.
• Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari.
• Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari.
• Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur.
PETANDA ADANYA KELEMUMUR- Kulit kepala gatal dan menggelupas.
- Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu.
- Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada pakaian.
MERAWAT KELEMUMURGunakan syampu anti kelemumur.
Contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya ialah:
- Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
- Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
- Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
- Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
- Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat
MENCEGAH KELEMUMUR• Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak
• Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur,
gel dan mousse rambut.
PENYEBAB KULIT KEPALA MENGELUPAS1) Kulit kering • Gatal
• Kelupasan kulit yang kecil dan kurang berminyak
2) Seborrheic dermatitis • Kulit kemerahan dan berminyak
• Kelupasan kulit berwarna putih atau kekuningan
• Melibatkan kawasan yang banyak kelenjar minyak
seperti bulu kening, belakang telinga, hidung dan
pangkal peha.
3)Psoriasis • Kelupasan kulit yang tebal, bersisik dan berkilat
• Tidak menjejaskan pertumbuhan rambut
• Kawasan yang sering terlibat adalah kulit kepala, lutut, siku dan
bahagian badan
4) Contact dermatitis • Kulit kepala kemerahan, gatal dan bersisik
• Disebabkan oleh alahan kepada produk penjagaan rambut
yang tertentu
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia