Saturday, July 23, 2011
Di manakah ana???
Asalnya buat keychain untuk birthday suami, tengok2 suami belikan pula set jahitan untuk ana buatkan patung felt untuk jualan (sementara ana tunggu untuk bersalin & dapat kerja tetap)...
sORRy eh..sekarang quite busy membuat preparation untuk bersalin (tak lama lagi) dan menyiapkan tempahan pelanggan untuk patung2 felt =D
Salam Ramadan dan semoga kita mendapat keberkatan dari Ramadan kali ini... Tingkatkan amalan dan always muhasabah diri ...TT...
Saturday, June 25, 2011
Hujung Minggu
Sorry, dah lama tak ter up-date.. gara2 internet slow+kurang sihat sejak kebelakangan ini..
Hujung minggu ni, ana dan hubby ada keluar ke Jusco Bukit Indah+Jusco Tebrau... Asalnya nak beli brg2 baby.. Last2, kami just beli buah kelapa Filipina di JJ B. Indah jah.. Lawak3... Selain itu, hubby ana survey kasut+ mainan LEGO... Beli bila terima gaji nanti lah =D
Agak kebosanan duk di JB ni, sebab jalan asyik jam jah... Kalau di Ganu, nak 'golek2' atas jln raya pun boleh... hehe... tak lah sampai gitu... Di Ganu, jalan jam bila cuti sekolah, hampir2 apa2 perayaan ,dan waktu perayaan.
Ok, ana nak cuba buat krafttangan ala2 Jepun pulak... Insyaallah, if siap, ana akan tunjuk pd next post... hehe...
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam...Hindari maksiat dan dosa dalam hidup.. Wasalam...
Wednesday, June 15, 2011
Hati MATI
~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri pemberian-Nya
~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
~Menghantar dan menguburkan jenazah saudara seIslam, tetapi tidak mengambil pengajaran darinya.
Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).
Firman Allah:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."
Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.
Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."
Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."
Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).
Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.
Today is very hot!!!
Tapi just nak inform, cuaca hari ini sangat lah panas.. (tapi panas lagi di NERAKA...huhu)
Ana perasan sejak akhir2 ni, cuaca di Johor amat2lah panas...hatta stay dalam rumah yang kipasnya dibuka level 2, pun panas.. Mungkin kerana effect tsunami di Jepun baru2 ni... Dan juga kesalahan2 manusia kepada alam sekitar...
Ya, salah manusia juga...cuba kita tengok di Malaysia dengan mata kasar sendiri... Ada pihak kerajaan cakap 'pong...pong je' tentang kepentingan BUMI HIJAU tapi tengok gaya hidupnya... Kiranya cakap saja pandai tapi tak buat... Ilmu tanpa amal umpama pohon yang tak berbuah... So, rakyat pun ikut sama... Just segelintir golongan yang betul2 ikut apa yang mereka sendiri sarankan pada orang lain...
Dalam al-Quran pun ada disebut bahawa kerosakan di bumi ini berpunca daripada manusia ini sendiri...
So??? Muhasabahlah diri sendiri hatta anda seorang menteri pun atau ahli pecinta alam sekitar(termasuk diri ana sendiri)... Sila laksanakan betul2 apa yang anda sarankan pada orang lain supaya diaorang lakukan.. ok... =D
Tuesday, June 7, 2011
Rahsia 13
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan”
Wassalam.
Saturday, June 4, 2011
Umrah 2005
Perjalanan meredah awan dari KL-Jeddah memakan masa hampir 8jam. Itulah pertama kali ana naik 'belon'. Setibanya ana di Jeddah, kami terpaksa menunggu van hampir 2jam kot (dalam terminal).. sebabnya van tersebut ada masalah teknikal. Macam2 dugaan ana alami pada pertama kali sampai di sini.
1. Ana dan jemaah Malaysia lain dimarahi seorang pakcik (pekerja Airport Jeddah). Sebabnya kami duduk lama di dalam ruang menunggu (sementara menunggu van tiba). Bukan aje dimarahi, kami juga ditengking... Orang Ganu cakap, 'setok karong' ana time tu...nasib baik, jantung ana kuat =D
2. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah hampir seharian. Tu pun kami naik van. Suasananya jauh beza dari Malaysia.. Sepanjang perjalanan, kanan dan kiri hanyalah gurun.. Cam di dunia lain... Paling bertuah pun, dapat jumpa r&r cam pondok batu buruk.. Bersyukur kita dilahirkan di Malaysia yang serba serbi ada..
3. Alhamdulillah, ana diberi kesempatan untuk menziarahi dan beribadat di tempat2 bersejarah dalam kamus sejarah umat Islam. Antaranya; masjid Nabawi, Masjidil Haram, Masjid 2 kiblat, Jabal Uhud dan lain2 lagi.
4. Ana dikejar pengemis wanita semasa odw ke Masjid Nabawi. Nasib baik, ibu ana ada bersama.. Dia dah biasa dengan ragam pengemis2 di sana sebab dah banyak kali menunaikan haji dan umrah... So, dia tegur pengemis tersebut supaya tidak ikut kami... M...Pengemis tersebut quite menakutkan,, dia pegang tangan ana supaya bagi sedekah.. huhu
Macam2 lagi cerita nak dikongsi tapi ini antara yang menarik. Akhir kalam, ikhlaskan niat kita untuk beribadat kepadaNya... Semoga kita diberi kemudahan dalam beribadah dan hidup...Insyaallah =)
Thursday, June 2, 2011
Kisah Solat ana..
Nak dijadikan cerita, suatu pagi pd hjg minggu (dalam 6 pagi kot), ana bangun tido awal & terus g ke umah nenek ana.. bgn awal tapi x solat pun...smpai aje umah nenek, ana 'landing' semula @ baring semula atas kerusi panjang nenek... nak sambung tido semula... Time tu, ibu ana dah tegur spy ana solat subuh... ana wt DUNNO jah... Then, ibu bagitahu nenek supaya tegur ana... Bila nenek tegur jah, ana terus solat subuh... Sejak hari tu, ana x pernah tinggalkan solat fardu melainkan keadaan tidak mengizinkan bagi kaum wanita...
Ana bersyukur sangat padaNya krn memberi nikmat hidayahNya yang tidak ternilai ini.. Malu rasanya jika ana sebagai hamba Allah, yang mengaku orang Islam tetapi tidak menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya...
Solat itu tiang agama.. Barangsiapa yg solat, maka dia telah meninggikan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agamanya... Dan ingatlah, hanya solat yg membezakan kita sebagai muslim dengan orang kafir... Fikir2 kan =D
Pedoman buat ISTERI
"Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyak rungutan boleh menyebabkan suami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalam rumahtangga"
"Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara. Sikap pasif menyebabkan isteri tidak pandai buat keputusan kurang komunikasi dan kurang bijak bersosial"
"Suami sudah tentu tidak suka isteri yang gemar berbohong. Apabila pembohongan terbongkar, suami akan rasa tertipu sehingga menjejaskan rasa kepercayaan terhadap isteri"
"Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu. Berpada-padalah dalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawa kepada ketenangan"
"Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam rumahtangganya, malah mendekatkan dirinya kepada nusyuz . Perbuatan ini pastinya dimurkai Allah"
"Isteri yang membelakangkan pendapat dan pandangan suami dalam membuat suatu keputusan akan menyebabkan suami rasa kurang dihargai"
"Isteri yang menjaga lidah suami dengan resepi dan menu yang hebat tapi tak menjaga minda dan perasaan suami dengan ilmu dan akhlak, sebenarnya belum berjaya mengembirakan suaminya"
"Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi serta kebolehannya kerana suami akan tercabar serta timbul kesan emosi negatif terhadap isterinya"
"Isteri yang terlalu cerewet dalam semua perkara pasti tidak akan disukai suami. Terlalu cerewet menyebabkan perkara senang menjadi sukar dan yang ringan menjadi berat"
"Suami tidak suka isteri yang kasar dan garang samada terhadap suami dan anak-anak.Isteri yang terlalu garang menyebabkan suami dan anak-anak menjauhkan diri daripadanya"
"Isteri yang tidak menjaga penampilan diri, comot dan tidak kemas takkan dapat menarik perhatian suami. Isteri yang selalu kemas dan memakai haruman lebih disenangi suami"
"Suami berasa terabai sekiranya isteri mementingkan kerjaya hingga mengenepikan rumahtangga dan keluarga. Berilah perhatian pada keluarga, pasti anda di hati mereka"
"Isteri yang tidak menjaga pergaulannya dengan lelaki lain akan menimbulkan rasa tidak senang dan cemburu pada diri suami malah boleh menggugat keamanan rumahtangga"
"Isteri yang kuat berleter akan timbulkan suasana tidak tenang pada suami, terutamanya pada pagi hari. Cari masa yang sesuai berbincang dan buat suami rasa dihargai"
"Curiga yang keterlaluan terhadap suami perlu dikawal kerana sangkaan melulu boleh mengeruhkan keharmonian rumahtangga serta timbulkan rasa tidak selesa kepada suami"
"Memaksa suami beralah ketika berselisih faham hanya memberi keuntungan jangka pendek pada pihak isteri kerana suami akan memendam perasaan marah yang berterusan"
Tuesday, May 31, 2011
Jalan2 ke bandar K.Terengganu
Amin...moga urusan kami dipermudahkanNya...
Kami bertolak ke bandar K.T dalam 10pagi (selepas sarapan nasi kerabu di Kg.Bkit Perah...nyum3...sedap).
Ni la tempat lawatan kami hari ni:1) Taman Syahbandar (salah 1 trademark negeri Ganu selain penyu & Batu Bersurat).
Asalnya ana gi sane sebab hari ni hari last Festival Thailand. Mungkin kami gi sane awal sangat, so hanya 2 gerai baru dibuka, selain gerai2 makanan Thailand. So kami pulang dengan tgn kosong.. TT ...
2)Jalan Banggol. Jalan ni umpama Jalan Tar di KL.. Macam2 ada dijual... Paling banyak kedai2 kain, kedai2 emas, kedai2 kasut, kedai2 baju etc... Tujuan kami ke sini sebab nak survey design dan harga kasut keluaran Clark... Ada 2 kedai yang jual kasut Clark; Butik Clark (baru dibukak kot) dan Kedai Kasut YOU (kedai kasut ni memang paling feymes di Ganu)..
M...Xde promosi pun cam di K.B Mall, Kelate baru2 ni. Types of design quite ok lah...
3)Lastly kami gi Mydin Ganu... hehe. Setakat ni, merupakan Mydin paling besar di Pantai Timur... (x bangga pun)... Parking kereta di Gaint . Niat kami ke sana just untuk beli antivirus AVIRA dan makan jambu Pak Cu 916 =D hehe
Insyaallah, kami cuba melawat tempat2 menarik di Ganu lagi sebelum balik JB pada 2 Jun nanti =D
Saturday, May 28, 2011
Jambu Asam Boi
Teng...Teng...Teng....Jus Jambu Asam Boi Special =) Sedap dan nyaman sekali...
Jusnya sedap diminum bila cuaca panas...Apa2 cuaca pun, ana x kisah... Asam boinya memang best =D
Untuk jambunya plak, yang membezakan setiap gerai asam boi adalah kelembutan jambunya...Yang lembut memang best...Yang keras, kurang la rasa bestnya...
Pendapat ana, better kita beli asam boinya... then beli jusnya yang biasa.... Lagi jimat =D
Untuk lebih detail, sila cuba sendiri...Jus jambu ASAM BOI SPECIAL =}~
Friday, May 27, 2011
AWAS!!!!! Restoran TALIBAN!!!!
Sedap...nyaman...itu yang dapat ana gambarkan bila makanan2 tu masuk ke dalam mulut ana =D
Ni merupakan kali-3 ana pi ke restoran tu.. Tujuan utama sebab nak belanja adik bongsu yang bakal pi UITM Jengka besok... Semoga ayer berjaya dalam semua bidang yang diceburi... Amin..
Kepada non-Terengganu yg datang ke Ganu, jemputlah datang ke Ahlan Restoran di Bukit Payong... Tapi ana lupa plak nama kampungnya.... (Tips ke sana; odw ke Kg. Kedai Buloh)...
Tuesday, May 24, 2011
Washable Nappy Liners
Di sini ada 2 pilihan. Warna putih ( Di sarankan untuk Newborn ) dan warna corak . Cepat dapatkan segera sebelum ia dinaikkan kepada harga asal. Diimport dari United Kingdom.
Disyorkan Untuk Baby Newborn
Harga Pasaran : RM14
Harga Pasaran : RM20
Harga Promosi 1 pcs Sekarang RM13
Harga Pakej 5pcs RM55
Brand Rainbow BB / Sweetdollbaby
Terdiri 3 Layer Microfiber
Super serapan dan sangat tebal ( Spec Fuzibunz)
Panjang 33cm / Lebar 14cm
Harga Pasaran RM20
Harga Promosi Sekarang RM12
Cepat dapatkannya sekarang!!! Selagi stok masih ada & selagi harga promosi berjalan =)
Hubungi ana; 013-7018424 =)
Cloth Diapers Brand Rainbow Bb
( Inner Microfleece )
Harga terbaik untuk anda!!!!
Biasa di jual RM38 tapi kami jual RM35
( Pos Laju RM5 )
Tapi harga sekarang RM198
( Boleh pilih warna )
( Jimat RM30 + Cas RM8 Pos Laju FREE = Jimat lagi RM38 )
12 pcs Cloth Diapers Rainbow Bb Velcro with 24 inserts =
Tapi harga sekarang RM372
( Boleh pilih warna )
( Jimat RM84 + Cas RM15 Pos Laju FREE = Jimat lagi RM99 )
" Untuk Pos Laju Sabah / Sarawak tambah RM5 Sahaja "
Insert Microfiber
( Sangat baik untuk kulit baby yang sangat sensitif / ruam )
1pcs Cloth Diaper Rainbow Bb Bamboo with 2 inserts MF
( Pos Laju RM5 )
6 pcs Cloth Diapers Rainbow Bb Bamboo with 12 inserts =
Tapi harga sekarang RM215
( Boleh pilih warna )
( Jimat RM43 + Cas RM8 Pos Laju FREE = Jimat lagi RM51 )
12 pcs Cloth Diapers Rainbow Bb Bamboo with 24 inserts =
Tapi harga sekarang RM396
( Boleh pilih warna )
( Jimat RM120 + Cas RM15 Pos Laju FREE = Jimat lagi RM135 )
" Untuk Pos Laju Sabah / Sarawak tambah RM5 Sahaja "
Cloth Diapers Brand Minky Eco
Ada pelbagai corak!!!!! Cloth Diapers ini, sesuai untuk new born atau berat baby 3kg sehingga 16kg. Ia tidak besar tetapi saiz pinggangnya telah dibesarkan dan cawatnya dipanjangkan agar luas sedikit.Kain Inner daripada Microfleece biasa sesuai untuk keselesaan baby dan memudahkan penjagaan cd tersebut. Insertnya pula terdiri 4 lapisan Microfiber dan setiap Cd akan disertakan dengan 2 keping inserts. Bahagisan luarnya pula adalah lapisan PUL( kalis air ) yang dibaluti dengan kain Minky atau kain baldu yang lembut dan halus. Harga jualan promosi sehelai Cd bersama 2 keping inserts ialah RM33 sahaja dan sekiranya anda membeli 3 keping ke atas ada harga spesel =)
Brand : Minky Eco Cd
Harga Pasaran : RM36
Harga Promosi now : RM33
Saiz Baby : Newborn - 16kg- Button
Status Cd : Gred ( Ekonomi )
Jika berminat, blh hubungi ana, 013-7018424 or email ; noorjawahir@gmail.com...
Cloth Diapers brand Bb - STAR
Cloth diapers ini sesuai untuk baby newborn 3kg sehingga 16kg. Inner adalah jenis Microfleece ( Gred A ) yang halus dan lembut agar memberi keselesaan untuk baby anda. Didatangkan dengan 2 keping Inserts jenis 3 lapisan Microfiber yang berfungsi menyerap kencing baby dengan baik dan berkesan agar ia mengurangkan masalah kebocoran. Harga Jualan adalah RM42.90 tapi sebagai promosi sekarang adalah RM36 sehingga 15hb Jun 2011. So jangan tunggu lagi. Buat tempahan cepat. Dapatkan sekarang!!. Ia sungguh Comel.
Brand : Bb Syok - Star
Harga Pasaran : RM42.90
Harga Promosi : RM36
Status Cd : Gred A
Saiz Baby : 3kg - 16kg - Jenis Snap Button
Kualiti : Kanada and Eropah
Hubungi ana jika berminat; 013-7018424 or email ; noorjawahir@gmail.com =)
Cloth Diapers Bb Syok Bamboo Printed
Wow! Fully Cloth Diapers Bamboo terbaru tiba lagi!!!!
Lain daripada lain kalau dibandingkan dengan Cd - Cd bamboo yang dijual di pasaran. Ini kerana Cloth Diapers Bamboo Bb Syok terdiri daripada pilihan material yang terbaik dan bermutu tinggi agar ia memberi kepuasan kepada ibubapa dan kelebihan keselesaan kepada baby anda. Standard kualiti Cloth Diapers terbaru ini adalah sama dengan Cloth Diapers yang dijual di sebelah Eropah. Ini kerana pilihan materialnya yang terbaik dan terpilih malahan agak mahal sedikit bagi menjamin kualitinya agar ia berbaloi dengan pelaburan anda.
Penggunaan bamboo sangat baik untuk anak - anak yang mengalami masalah alahan pada kulit yang sangat serius. Serapan Insert Bamboo digabungkan bersama Microfiber 4 lapisan amat berkesan sebagai penyerap dan penyimpanan air kencing. Ia bertindak menghalang kebocoran Cd serta mempercepatkan kekeringan pada Cd sekaligus baby merasa sungguh selesa kerana innernya juga daripada bamboo berkualiti . Pilihan material yang terbaik untuk CD ini akan meningkatkan jangka masa penggunaannya, memberi super extra pada keselesaan baby, sekaligus menjadikan ia tahan lebih lasak dan lebih lama . Cd ini juga mudah di cuci dan senang di jaga.
Bb Syok Bamboo Printed ini disertakan dengan 1 keping Insert Bamboo 4 lapisan . Ia di reka khas dengan 1 lapisan bamboo dan 3 lapisan microfiber berkualiti tinggi . Ini kerana material microfiber adalah sangat baik untuk penyerapan dan penyimpanan. Sekeping inserts bamboo sahaja sudah mencukupi disebabkan kualitinya telah memberi kuasa penyerapan tinggi bersamaan dengan 2 pcs insert microfiber. Butang pada insert disediakan juga agar memberi pilihan kepada pengguna sama ada meletakkan insert bamboo di dalam poket atau di luar atas inner.
( Peringatan : pastikan lapisan microfiber - warna putih pada inserts tidak bersentuhan pada kulit baby ) . Ia juga berfungsi melaraskankan saiz insert yang dikehendaki serta menjadikan insert tidak bergerak - gerak dan nampak kemas.
Lapisan bamboo pada insert membolehkan ia bersentuhan dengan kulit baby .Dengan penggunaan 1 pcs insert bamboo sahaja membuatkan baby tidak nampak bulky apabila memakainya. Ini memudahkan pergerakkan baby dan mereka akan merasa selesa apabila duduk, baring mahupun tidur. So jangan tunggu lagi. Dapatkan Cloth Diapers Bamboo ini daripada brand Bb Syok sekarang. Biar mahal sedikit tetapi wang yang anda laburkan itu bernilai di kemudian hari - Percayalah!!
Brand : Bb Syok - Bamboo Printed
Harga Pasaran : RM60 semenanjung /RM65 Sabah Sarawak
Harga Promosi Sekarang : RM53
Saiz Baby : 3kg - 18kg
Status Cd : Gred A++ ( High Quality- Good Value )
Standard Kualiti : USA / Eropah / Asia - Jepun
Kualiti yang sama tetapi Brand USA Biasa di jual di Online RM85 - RM90 ( Fikirkan ! . Anda tak perlu bazirkan duit membeli Cd2 yang terlampau mahal. Kualiti tetap sama cuma brand sahaja yang membuatkan ia jadi mahal.)
Untuk maklumat anda kualiti cd ini adalah sama dengan beberapa brand terkenal di USA ( try survey ) . Ini kerana kami import cd ini dari kilang yang sama mengeluarkan brand - brand ternama di USA dan Eropah. Sebab itu ia agak mahal di sebabkan kualiti materialnya yang memang jenis terbaik berbanding Cd - Cd yang harga murah.
Setiap Cd Bb Syok Bamboo Printed di sertakan dengan 1 keping Insert Bamboo 4 layer- Best Insert, Best Quality dan Super Serapan. Namun sekiranya anda membeli seperti kuantiti di bawah , kami akan bagi lagi percuma Bamboo Inserts extra ( 1pcs berharga RM18 ) sebagai hadiah.
2 - 3 pcs = 1 keping
4 - 5 pcs = 2 keping
6 - 7 pcs = 3 keping
8 - 10 pcs = 4 keping
dan seterusnya....
Monday, May 23, 2011
C.D Bamboo Syok - Animal
Dapatkan segera, 5 pattern terbaru keluaran Bb Syok Cloth diapers.
So apa lagi dapatkan dengan harga promosi RM36 bersama 2 insert microfiber good kualiti. Lapisan luar adalah jenis kain PUL Printed ( kalis air ) manakala Inner adalah microfleece yang sangat tebal , gebu , lembut dan halus agar baby sentiasa kering dan bebas daripada kelembapan. So dapatkan segera sebelum terlambat.
Masa dan harga promosi TERHAD!!!!
Brand : Bb Syok Animal
Harga Pasaran : RM42.90
Harga Promosi Sekarang : RM36
Saiz Baby : 3kg - 15kg
Status Cd : Gred A
Standard Kualiti: Asia
C.D Brand Bb Syok Super Soft Mink
C.D ini didatangkan dengan fabrik yang baik kualitinya (mewah dan mahal!!!!!).
5 jenis kain minky baldu ( tebal dan halus ) dan 4 jenis kain PUL ( Zoo ) gred baik.
Inner Bb Syok Minky adalah 98% BAMBOO berbeza dengan brand - brand minky bamboo yang lain yang menggunakan hanya kurang 65% bamboo. Bamboo yang dipilih adalah jenis yang berkualiti tinggi agar baby anda berasa sungguh selesa. Penggunaan Bamboo sangat baik untuk baby yang mempunyai masalah kulit yang sensitif dan mempunyai masalah ruam yang sangat teruk. apabila menggunakan Lampin Pakai Buang. Insertnya adalah jenis Microfiber dan Super Serapan. Ia sangat berbeza kalau di bandingkan dengan insert - insert brand yang murah. Sebab itu cd - cd sebelah eropah sangat berbeza kualitinya. Cd ini telah di import dari UK setanding dengan kualiti brand - brand Eropah. Baldunya sangat lembut, tebal dan tahan lasak.
Brand : Bb Syok
Harga Pasaran :RM55
Harga Promosi Sekarang :
Super Soft Minky Inner Bamboo : RM40
Zoo : RM38
Standard kualiti : UK / Canada
Saiz Baby : 3kg - 18kg - Button
Insert : 2pcs insert Microfiber Gred A - Tebal + Power
Status Cd: Gred A ++ ( High Quality)
Saturday, May 21, 2011
C.D Printed Economy
Harga Pasaran : RM35
Harga Promosi Sekarang : RM30
CEPAT!!!PROMOSI TERHAD!!! MASA PROMOSI PUN TERHAD!!!
Saiz Baby : 3kg - 15kg
Corak cd ini biasa di jual di pasaran Malaysia dan Asia. Inner adalah jenis Microfleece kecuali No BE06 ( Microsuede ) . Di sertakan dengan 2 keping insert microfiber. Kain luarannya adalah jenis PUL kecuali BE13 kain jenis Minky. Cd ini adalah Jenis button so ia mudah di laraskan di pinggang mengikut saiz baby anda. Boleh diubah kepada saiz S , M atau L.
C.D SUNBABY
Perkenalkan!!!!!
Harga Pasaran : RM42.90
Harga Promosi Sekarang : RM35
Saiz Baby : Sesuai Newborn - 12kg
Status C.D : Gred A Standard
Kualiti: Pasaran Asia & USA
Inner - Microfleece dengan 2 insert super serapan
Dapatkan segera!!!! Limited stock!!!!Pilihan corak pun pelbagai =D
Untuk tempahan, contact ana (01-7018424)
AWAS!!! Daging LEMBU TIRUAN!!!!!
Orang China ni bukan saje pandai buat telur tiruan malah depa ni pandai buat daging lembu tiruan jugak. Yang gelinye, menggunakan DAGING BABI!
Di sana, harga daging lembu dua kali lebih mahal daripada daging babi. Jadi mereka pakat tipu semua orang dengan menjadikan daging babi seolah-olah daging lembu. Dalam masa 90 minit saja, daging babi yang digoreng menjadi sesedap daging lembu.
Macam mana mereka buat? Mereka menggunakan “beef extract” yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan wallah! Daging babi yang dihidang rasanya seperti daging lembu.
Orang ramai pun tak dapat bezakan daging lembu tiruan tersebut. Dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan cancer. Adakah teknologi ini sudah tiba di negara Malaysia? Anda tentukan.
E...gelinya ana...nasib baik, kitaorang sembelih lembu sendiri setiap kali ada kenduri...ye la, orang kampung kan suke menggulai...lembu ke...kambing ke...
P/s:: Makanlah kamu makanan yang halal yang ada di muka bumi ini...
Wednesday, May 18, 2011
6 Bulan (minggu ke-21 hingga minggu ke-24)
Minggu ke-21
Kini baby sebesar kira-kira 28 cm. Pergerakan baby pun semakin aktif =D
Pada minggu ini badan si ibu berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.
Minggu ke-22Saat ini, tubuh baby sudah boleh menghasilkan sel darah putih sendiri (penting untuk melawan sebarang penyakit dan patogen setelah baby dilahirkan kelak). Malah si ibu perlu banyakkan sentuhan pada bahagian perut seperti usapan lembut dan 'bercakap2 dengan baby' supaya baby lebih tenang =D
Selain itu, si ibu perlu minum segelas jus oren setiap kali mengambil makanan yang tinggi zat besi seperti brokoli, bayam atau juga vitamin ferrous iron (jika doktor bekalkan). Jus oren membolehkan mineral dari makanan dan ubat tersebut diserap dengan banyak dan mudah.
Minggu ke-23Degupan jantung baby kini boleh dikesan menggunakan stetoskop. Pertumbuhan otaknya juga berlaku cepat. Baby juga mula pandai tersedu!!!
Jangan panik jika tangan dan kaki si ibu naik bengkak. Ini merupakan perkara biasa berlaku pada ibu hamil. Proses ini dinamakan sebagai oedema.
Minggu ke-24Pendengaran baby semakin tajam. Baby sudah mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik dan juga bacaan al-Quran. Baby turut semakin lasak bergerak. Selain itu, baby sudah membentuk pola waktu tidur dan bangunnya sendiri. Oleh itu, kadang2 kita boleh merasai pergerakannya dan kadang2 tidak (tidur la tu...)
Pada tahap ini, si ibu perlu awasi pengambilan gula dalam makanan. Ini kerana 4% daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada waktu ini.