Wednesday, May 18, 2011

6 Bulan (minggu ke-21 hingga minggu ke-24)

Masa begitu suntuk....bulan ke-6 sudah menjelma....jom kita ikuti perkembangan baby dalam rahim ibu pada minggu ke-21 hingga minggu ke-24 =D

Minggu ke-21
Kini baby sebesar kira-kira 28 cm. Pergerakan baby pun semakin aktif =D

Pada minggu ini badan si ibu berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

Minggu ke-22
Saat ini, tubuh baby sudah boleh menghasilkan sel darah putih sendiri (penting untuk melawan sebarang penyakit dan patogen setelah baby dilahirkan kelak). Malah si ibu perlu banyakkan sentuhan pada bahagian perut seperti usapan lembut dan 'bercakap2 dengan baby' supaya baby lebih tenang =D

Selain itu, si ibu perlu minum segelas jus oren setiap kali mengambil makanan yang tinggi zat besi seperti brokoli, bayam atau juga vitamin ferrous iron (jika doktor bekalkan). Jus oren membolehkan mineral dari makanan dan ubat tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

Minggu ke-23
Degupan jantung baby kini boleh dikesan menggunakan stetoskop. Pertumbuhan otaknya juga berlaku cepat. Baby juga mula pandai tersedu!!!

Jangan panik jika tangan dan kaki si ibu naik bengkak. Ini merupakan perkara biasa berlaku pada ibu hamil. Proses ini dinamakan sebagai oedema.

Minggu ke-24
Pendengaran baby semakin tajam. Baby sudah mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik dan juga bacaan al-Quran. Baby turut semakin lasak bergerak. Selain itu, baby sudah membentuk pola waktu tidur dan bangunnya sendiri. Oleh itu, kadang2 kita boleh merasai pergerakannya dan kadang2 tidak (tidur la tu...)

Pada tahap ini, si ibu perlu awasi pengambilan gula dalam makanan. Ini kerana 4% daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada waktu ini.

No comments:

Post a Comment