Saturday, June 4, 2011

Umrah 2005

Alhamdulillah, pada September 2005, ana diberi kesempatan & peluang menunaikan umrah bersama keluarga. Perjalanan ke sana hampir 14 hari mengajar ana erti hidup sebagai hambaNya.

Perjalanan meredah awan dari KL-Jeddah memakan masa hampir 8jam. Itulah pertama kali ana naik 'belon'. Setibanya ana di Jeddah, kami terpaksa menunggu van hampir 2jam kot (dalam terminal).. sebabnya van tersebut ada masalah teknikal. Macam2 dugaan ana alami pada pertama kali sampai di sini.

1. Ana dan jemaah Malaysia lain dimarahi seorang pakcik (pekerja Airport Jeddah). Sebabnya kami duduk lama di dalam ruang menunggu (sementara menunggu van tiba). Bukan aje dimarahi, kami juga ditengking... Orang Ganu cakap, 'setok karong' ana time tu...nasib baik, jantung ana kuat =D

2. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah hampir seharian. Tu pun kami naik van. Suasananya jauh beza dari Malaysia.. Sepanjang perjalanan, kanan dan kiri hanyalah gurun.. Cam di dunia lain... Paling bertuah pun, dapat jumpa r&r cam pondok batu buruk.. Bersyukur kita dilahirkan di Malaysia yang serba serbi ada..
3. Alhamdulillah, ana diberi kesempatan untuk menziarahi dan beribadat di tempat2 bersejarah dalam kamus sejarah umat Islam. Antaranya; masjid Nabawi, Masjidil Haram, Masjid 2 kiblat, Jabal Uhud dan lain2 lagi.

4. Ana dikejar pengemis wanita semasa odw ke Masjid Nabawi. Nasib baik, ibu ana ada bersama.. Dia dah biasa dengan ragam pengemis2 di sana sebab dah banyak kali menunaikan haji dan umrah... So, dia tegur pengemis tersebut supaya tidak ikut kami... M...Pengemis tersebut quite menakutkan,, dia pegang tangan ana supaya bagi sedekah.. huhu

Macam2 lagi cerita nak dikongsi tapi ini antara yang menarik. Akhir kalam, ikhlaskan niat kita untuk beribadat kepadaNya... Semoga kita diberi kemudahan dalam beribadah dan hidup...Insyaallah =)

No comments:

Post a Comment