Alhamdulillah, ana diberi hidayahNya untuk solat fardu penuh semasa ana darjah 6... Dah besar dah... Dah tahu dosa meninggalkan solat tapi tetap x nak solat.. HidayahNya senang aje, melalui nasihat arwah nenek ana. Sebelum ini ibu ana selalu nasihatkan ana supaya solat fardu penuh tapi ana x endahkan...
Nak dijadikan cerita, suatu pagi pd hjg minggu (dalam 6 pagi kot), ana bangun tido awal & terus g ke umah nenek ana.. bgn awal tapi x solat pun...smpai aje umah nenek, ana 'landing' semula @ baring semula atas kerusi panjang nenek... nak sambung tido semula... Time tu, ibu ana dah tegur spy ana solat subuh... ana wt DUNNO jah... Then, ibu bagitahu nenek supaya tegur ana... Bila nenek tegur jah, ana terus solat subuh... Sejak hari tu, ana x pernah tinggalkan solat fardu melainkan keadaan tidak mengizinkan bagi kaum wanita...
Ana bersyukur sangat padaNya krn memberi nikmat hidayahNya yang tidak ternilai ini.. Malu rasanya jika ana sebagai hamba Allah, yang mengaku orang Islam tetapi tidak menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya...
Solat itu tiang agama.. Barangsiapa yg solat, maka dia telah meninggikan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agamanya... Dan ingatlah, hanya solat yg membezakan kita sebagai muslim dengan orang kafir... Fikir2 kan =D
No comments:
Post a Comment