Saturday, June 25, 2011
Hujung Minggu
Sorry, dah lama tak ter up-date.. gara2 internet slow+kurang sihat sejak kebelakangan ini..
Hujung minggu ni, ana dan hubby ada keluar ke Jusco Bukit Indah+Jusco Tebrau... Asalnya nak beli brg2 baby.. Last2, kami just beli buah kelapa Filipina di JJ B. Indah jah.. Lawak3... Selain itu, hubby ana survey kasut+ mainan LEGO... Beli bila terima gaji nanti lah =D
Agak kebosanan duk di JB ni, sebab jalan asyik jam jah... Kalau di Ganu, nak 'golek2' atas jln raya pun boleh... hehe... tak lah sampai gitu... Di Ganu, jalan jam bila cuti sekolah, hampir2 apa2 perayaan ,dan waktu perayaan.
Ok, ana nak cuba buat krafttangan ala2 Jepun pulak... Insyaallah, if siap, ana akan tunjuk pd next post... hehe...
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam...Hindari maksiat dan dosa dalam hidup.. Wasalam...
Wednesday, June 15, 2011
Hati MATI
~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri pemberian-Nya
~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
~Menghantar dan menguburkan jenazah saudara seIslam, tetapi tidak mengambil pengajaran darinya.
Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).
Firman Allah:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."
Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.
Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."
Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."
Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).
Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.
Today is very hot!!!
Tapi just nak inform, cuaca hari ini sangat lah panas.. (tapi panas lagi di NERAKA...huhu)
Ana perasan sejak akhir2 ni, cuaca di Johor amat2lah panas...hatta stay dalam rumah yang kipasnya dibuka level 2, pun panas.. Mungkin kerana effect tsunami di Jepun baru2 ni... Dan juga kesalahan2 manusia kepada alam sekitar...
Ya, salah manusia juga...cuba kita tengok di Malaysia dengan mata kasar sendiri... Ada pihak kerajaan cakap 'pong...pong je' tentang kepentingan BUMI HIJAU tapi tengok gaya hidupnya... Kiranya cakap saja pandai tapi tak buat... Ilmu tanpa amal umpama pohon yang tak berbuah... So, rakyat pun ikut sama... Just segelintir golongan yang betul2 ikut apa yang mereka sendiri sarankan pada orang lain...
Dalam al-Quran pun ada disebut bahawa kerosakan di bumi ini berpunca daripada manusia ini sendiri...
So??? Muhasabahlah diri sendiri hatta anda seorang menteri pun atau ahli pecinta alam sekitar(termasuk diri ana sendiri)... Sila laksanakan betul2 apa yang anda sarankan pada orang lain supaya diaorang lakukan.. ok... =D
Tuesday, June 7, 2011
Rahsia 13
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan”
Wassalam.
Saturday, June 4, 2011
Umrah 2005
Perjalanan meredah awan dari KL-Jeddah memakan masa hampir 8jam. Itulah pertama kali ana naik 'belon'. Setibanya ana di Jeddah, kami terpaksa menunggu van hampir 2jam kot (dalam terminal).. sebabnya van tersebut ada masalah teknikal. Macam2 dugaan ana alami pada pertama kali sampai di sini.
1. Ana dan jemaah Malaysia lain dimarahi seorang pakcik (pekerja Airport Jeddah). Sebabnya kami duduk lama di dalam ruang menunggu (sementara menunggu van tiba). Bukan aje dimarahi, kami juga ditengking... Orang Ganu cakap, 'setok karong' ana time tu...nasib baik, jantung ana kuat =D
2. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah hampir seharian. Tu pun kami naik van. Suasananya jauh beza dari Malaysia.. Sepanjang perjalanan, kanan dan kiri hanyalah gurun.. Cam di dunia lain... Paling bertuah pun, dapat jumpa r&r cam pondok batu buruk.. Bersyukur kita dilahirkan di Malaysia yang serba serbi ada..
3. Alhamdulillah, ana diberi kesempatan untuk menziarahi dan beribadat di tempat2 bersejarah dalam kamus sejarah umat Islam. Antaranya; masjid Nabawi, Masjidil Haram, Masjid 2 kiblat, Jabal Uhud dan lain2 lagi.
4. Ana dikejar pengemis wanita semasa odw ke Masjid Nabawi. Nasib baik, ibu ana ada bersama.. Dia dah biasa dengan ragam pengemis2 di sana sebab dah banyak kali menunaikan haji dan umrah... So, dia tegur pengemis tersebut supaya tidak ikut kami... M...Pengemis tersebut quite menakutkan,, dia pegang tangan ana supaya bagi sedekah.. huhu
Macam2 lagi cerita nak dikongsi tapi ini antara yang menarik. Akhir kalam, ikhlaskan niat kita untuk beribadat kepadaNya... Semoga kita diberi kemudahan dalam beribadah dan hidup...Insyaallah =)
Thursday, June 2, 2011
Kisah Solat ana..
Nak dijadikan cerita, suatu pagi pd hjg minggu (dalam 6 pagi kot), ana bangun tido awal & terus g ke umah nenek ana.. bgn awal tapi x solat pun...smpai aje umah nenek, ana 'landing' semula @ baring semula atas kerusi panjang nenek... nak sambung tido semula... Time tu, ibu ana dah tegur spy ana solat subuh... ana wt DUNNO jah... Then, ibu bagitahu nenek supaya tegur ana... Bila nenek tegur jah, ana terus solat subuh... Sejak hari tu, ana x pernah tinggalkan solat fardu melainkan keadaan tidak mengizinkan bagi kaum wanita...
Ana bersyukur sangat padaNya krn memberi nikmat hidayahNya yang tidak ternilai ini.. Malu rasanya jika ana sebagai hamba Allah, yang mengaku orang Islam tetapi tidak menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya...
Solat itu tiang agama.. Barangsiapa yg solat, maka dia telah meninggikan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agamanya... Dan ingatlah, hanya solat yg membezakan kita sebagai muslim dengan orang kafir... Fikir2 kan =D
Pedoman buat ISTERI
"Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyak rungutan boleh menyebabkan suami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalam rumahtangga"
"Suami kurang senang sekiranya isteri pasif dalam semua perkara. Sikap pasif menyebabkan isteri tidak pandai buat keputusan kurang komunikasi dan kurang bijak bersosial"
"Suami sudah tentu tidak suka isteri yang gemar berbohong. Apabila pembohongan terbongkar, suami akan rasa tertipu sehingga menjejaskan rasa kepercayaan terhadap isteri"
"Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu. Berpada-padalah dalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawa kepada ketenangan"
"Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam rumahtangganya, malah mendekatkan dirinya kepada nusyuz . Perbuatan ini pastinya dimurkai Allah"
"Isteri yang membelakangkan pendapat dan pandangan suami dalam membuat suatu keputusan akan menyebabkan suami rasa kurang dihargai"
"Isteri yang menjaga lidah suami dengan resepi dan menu yang hebat tapi tak menjaga minda dan perasaan suami dengan ilmu dan akhlak, sebenarnya belum berjaya mengembirakan suaminya"
"Jangan keterlaluan mengkritik suami terutama mengenai prestasi serta kebolehannya kerana suami akan tercabar serta timbul kesan emosi negatif terhadap isterinya"
"Isteri yang terlalu cerewet dalam semua perkara pasti tidak akan disukai suami. Terlalu cerewet menyebabkan perkara senang menjadi sukar dan yang ringan menjadi berat"
"Suami tidak suka isteri yang kasar dan garang samada terhadap suami dan anak-anak.Isteri yang terlalu garang menyebabkan suami dan anak-anak menjauhkan diri daripadanya"
"Isteri yang tidak menjaga penampilan diri, comot dan tidak kemas takkan dapat menarik perhatian suami. Isteri yang selalu kemas dan memakai haruman lebih disenangi suami"
"Suami berasa terabai sekiranya isteri mementingkan kerjaya hingga mengenepikan rumahtangga dan keluarga. Berilah perhatian pada keluarga, pasti anda di hati mereka"
"Isteri yang tidak menjaga pergaulannya dengan lelaki lain akan menimbulkan rasa tidak senang dan cemburu pada diri suami malah boleh menggugat keamanan rumahtangga"
"Isteri yang kuat berleter akan timbulkan suasana tidak tenang pada suami, terutamanya pada pagi hari. Cari masa yang sesuai berbincang dan buat suami rasa dihargai"
"Curiga yang keterlaluan terhadap suami perlu dikawal kerana sangkaan melulu boleh mengeruhkan keharmonian rumahtangga serta timbulkan rasa tidak selesa kepada suami"
"Memaksa suami beralah ketika berselisih faham hanya memberi keuntungan jangka pendek pada pihak isteri kerana suami akan memendam perasaan marah yang berterusan"