Kurang sihat atas alasan mengandung =)
Sambungan kali ini adalah perubahan yg berlaku pada baby dalam kandungan semasa 5 bulan...m...5 bulan sudah =D
Minggu ke-17

Kini pinggang si ibu sudah semakin tidak meramping. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi turut akan berdarah.
Minggu ke-18

Ketika ini si ibu mungkin sudah dapat merasakan pergerakan putaran baby buat 1st time .Dalam masa yang sama, si ibu juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.
Minggu ke-19

Saat ini berat badan si ibu semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka =@
Minggu ke-20

Bagi si ibu pula, rahim semakin cepat membesar. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.
No comments:
Post a Comment